Gambar Kilafairy - Masyhur Sebelum Waktu

16:44 / Comments (0) / by SeLaMbeR

Apabila memiliki wajah yang boleh dianggap istimewa. Dengan sepasang bibir yang menggiurkan, nama Kilafairy menjadi sebutan. Bahkan, dirinya sering dipilih sebagai penghias muka depan majalah mahupun akhbar, sejak kebelakangan ini, tatkala artis angkatan baru lain masih mencari-cari ruang untuk dikenali.Ada peminat yang terang-terangan meragui keunikan pada wajahnya, terutama pada bahagia bibir, yang menjuih seksi.



Namun, saat ditanya kepada empunya diri, gadis berusia 19 tahun ini nyata dia lebih berbangga jika orang ramai mengenali dirinya setelah filem lakonannya diputarkan di pawagam, ataupun selepas lagunya diperdengarkan kepada peminat di radio.

Kila masih lagi terikat dengan jadual penggambaran Ayu Suraya, drama 13 episod untuk Astro. Drama berkenaan mula menemui penonton 26 April lalu.

Bakat baru ini juga muncul dalam kisah seram Darah Pontianak (Misteri Alam Hitam), yang dianggapnya antara watak paling mencabar pernah dijayakan.

Di bawah adalah antara gambar Kilafairy :






0 comments:

 
Share