10 Metal Band Yang Paling Berpengaruh di Dunia

12:46 / Comments (0) / by SeLaMbeR

10. NAPALM DEATH
Napalm Death adalah sebuah band grindcore/death metal yang bertahan paling lama, mereka berasal dari Birmingham. Asalnya band dibentuk di desa Meriden dekat Birmingham pada tahun 1981 oleh Nicholas Bullen dan Miles Ratledge, asalnya band ini di beri nama Civil Defence. Band-band baru yang mengikuti jejak  mereka seperti : Catherdal, Carcass




9. DEATH
Death adalah band death metal Amerika yang paling berpengaruh, didirikan oleh vokalis dan gitaris Chuck Schuldiner. Pada tahun 2001, band ini telah dibubarkan kerana kematian Schuldiner.

Mereka di akui sebagai salah satu band paling berpengaruh di genre death metal. Album band "Scream Bloody Gore" dianggap sebagai pola genre tersebut, dijelaskan oleh para pengkritik sebagai "Dokumen prototype pertama death metal". Hanya Schuldiner seorang sahaja yang kekal dari awal hingga akhir. Para penulis biografi muzik telah menganugerakhan Schuldiner sebagai "Bapa death metal".


8. SLAYER
Slayer adalah kumpulan muzik thrash metal Amerika, dibentuk pada tahun 1982 oleh Jeff Hanneman dan Kerry King di Huntington Park, California. Kumpulan ini telah telah mengeluarkan 10 album studio, 2 album live, dan 1 boxed set. Mereka mula terkenal di tahun 1980-an terutama setelah album mereka Reign in Blood (1986). Berganding dengan Metallica, Anthrax, dan Megadeth.


7. MANOWAR
Manowar adalah band beraliran power metal di mana lirik mereka berbentuk tentang fantasi dan bagaimana menjadi seorang pejuang. Kalau di dengar rentak lagunya, ada kesamaan dengan band-band seperti Hammerfall  dan  Dragonforce.


6. CELTIC FROST
Celtic Frost adalah band beraliran gothic metal yang paling pengaruh. Berbeza dengan progressive metal di mana percubaan dilakukan terutama dalam complex rhythms dan struktur lagu dan mempertahankan instrumen traditional, mereka menggunakan effect yang banyak dalam suaranya.


5. MOTOR HEAD
Motorhead adalah kumpulan muzik heavy metal yang ditubuhkan pada 1975 di London, Britania Raya oleh pemain bas Lemmy Kilmister. Mereka telah meraih kehayaan dan mempengaruhi banyak kumpulan muzik yang lain. Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal et Thrash Metal.


4. METALLICA
Metallica didirikan pertama kali di Los Angeles - Amerika dengan nama The Young of Metal Attack. Beberapa bulan kemudian kumpulan ini bertukar nama dengan Metallica yang kononnya merupakan gabungan kata Metal dan Vodca. Nama Metallica sendiri sebenarnya adalah nama yang dipetik untuk sebuah majalah muzik yang dicuri oleh Lars Ulrich sebelum majalah tersebut mendapat nama tersebut. Cliff Burton (bassis) meninggal dalam kemalangan bas pada 27/9/1986, tempatnya digantikan oleh James Newsted, bassis dari kumpulan Floatsam and Jetsam.


3. IRON MAIDEN
Iron Maiden adalah kumpulan muzik heavy metal yang didirikan pada 1975 di London, Britania Raya oleh pemain bas Steve Harris. Vokal Bruce Dickinson yang sangat mantap telah menaikkan band ini. Lirik lagu mereka menarik dan mudah di hafal. Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal. Band-band baru banyak mendapat ilham dari mereka seperti : Bullet for My Valentine, Chilrdren of Bodom.



2. JUDAS PRIEST
Judas Priest adalah salah satu kumpulan muzik heavy metal paling berpengaruh. Band ini didirikan pada 1969 di Birmingham oleh K.K. Downing dan Ian Hill. Ahli kumpulannya yang klasik seperti  vokalis Rob Halford, gitaris K.K. Downing dan Glenn Tipton, dan bassist Ian Hill. Lagu mereka Painkiller, You’ve got another thing comin’, and Breaking the Law adalah lagu yang di ingati ramai. Salah satu band beraliran sport metal terbaik sepanjang masa.


1. BLACK SABBATH
Black Sabbath adalah kumpulan muzik yang dianggap sebagai salah satu aliran muzik heavy metal pertama. Didirikan oleh Ozzy Osbourne (vokal), Tony Iommi (gitar), Geezer Butler (bass) dan Bill Ward (drum), mereka telah mengalami pergantian ahli kumpulan sehingga pada satu masa hanya Iommi yang tertinggal dari kumpulan awal. Black Sabbath juga telah beberapa kali mengadakan runion dengan bekas-bekas anggotanya.



0 comments:

 
Share