Rahsia pergerakan kita dalam solat

10:41 / Comments (0) / by SeLaMbeR

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.



1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat."


Kebanyakkan dari kita hanya ambil mudah dalam solat..Ada yang solat macam Ultraman,ada yang suka mencuri2 (mata meliar kiri,kanan,atas,bawah) dalam solat,ada yang macam nak bersilat(tangan tak reti dok diam,tergaru sana tergaru sini) bila solat,ada plak yang menguap mengalahkan serombong kapal,ada plak solat yang matanya terus pandang depan bukan ke sejadah..Pahalanya hanya Allah je yang Maha Mengetahui..kejadian2 yang berlaku depan mata kita sebenarnya untuk muhasabah diri kita dan menyedarkan kita sebenarnya supaya memperbetulkan Rukun 13 samada Syariat ataupon Hakikat.

0 comments:

 
Share