Cara-cara pakwe melepaskan geram mengikut lokasi

14:54 / Comments (0) / by SeLaMbeR

Orang lelaki ni memang tak suka marah tapi bila orang perempuan bagi masalah maka orang lelaki gerenti akan marah. Tahap kemarahan orang lelaki mengikut lokasi diorang akan lepaskan. Jom kita ke lokasi-lokasi berikut.









1- Taman Bunga
Sedang pakwe korang merajuk marah dengan petik bunga, si pakwe pulak baring atas kerusi taman sambil tangan di dahi. tengok-tengok kot ada kapal terbang yang lalu.

2- Dalam Kereta
Dah semestinya dia akan bawak laju-laju dan pasang radio kuat-kuat. Tak cukup dengan tu dia bukak tingkap tak cukup aircond pasal dah berangin dan berasap satu badan.

3- Di Pusat Membeli Belah
Jika si pakwe marah dia akan tinggalkan makwenya dan tunggu di parking. Dia tau akhirnya si makwe akan datang juga ke situ tapi ada juga yang terus bla betigu sahaja.

4- Atas Motor
Marahnya tidak ketara sangat sebab tengah bawak motor. Bila si makwe pegang bahu dia akan tolak tangan makwenya. Itu menunjukkan dia tengah marah tu.

5- Dalam Handphone
Biasanya bila dalam henphone ni makwe yang akan cakap ikut sedap mulut je, Si pakwenya pulak marah tak angkat handphone tu kalau berbunyi. Kalau marah sesangat dia akan off hanphone tu dan on bila nak guna sahaja.

6- Kedai Makan
Si makwe tak makan bila marah tetapi berlainan dengan si pakwe pula akan kuat makan bila marah. Habis sepinggan makanan dan di tengoknya pinggan si makwe masih tak terusik si pakwe tak akan makanan makwenya sebaliknya akan order lagi satu dan siap tapau lagi sambung makan kat umah.

7- Lain-lain Lokasi
Lain-lain lokasi mungkin di panggung wayang, pesta orang ramai, pantai dan sebagainya. Dia akan husya perempuan lain. Tambahkan lagi marah makwenya. Mungkin juga nak memperbaiki hubungan dengan melakukan perkara tersebut atau mungkin cari pasangan baru. Hohoho!

P/s : Lelaki marah tapi penyayang. :)



0 comments:

 
Share