Umat Islam tercari-cari bagaimana untuk menguatkan lagi hujah dihadapan musuh Islam itu berkenaan dengan khinzir, penyelidikan barat digunakan dan didapati Khinzir mengandungi cacing pita, Umat Islam bergembira, maka dicanangkan isu ini seantero dunia, HIKMAH pengharaman babi dek kerana adanya cacing pita, kemudian ada ahli sains barat mendapati dalam lembu juga ada cacing pita. Umat Islam bergerak ke arah lain pula mencari bukti baru, kemudian muncul pula istilah KUMAN BABI, sekali lagi HIKMAH pengharaman khinzir dicanang-canangkan.
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.” (QS. Al Baqarah: 173)
Firman-Nya:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (QS. Al Maa’idah: 3)
Dan firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.” (QS. An Nahl: 115)
Demikian juga sabda beliau:
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamr dan hasil penjualannya dan mengharamkan bangkai dan hasil penjualannya serta mengharamkan babi dan hasil penjualannya.” (HR. Abu Daud)
Babi diharamkan bukan kandungan kimianya atau bukan kerana tabiatnya yang menghilangkan "ghirah", Tapi kerana babi itu memang diharamkan berdasarkan nas. Selagi kita terikut-ikut rentak kafir menyoal dan menyerang Islam maka selagi itu kita akan terperangkap dengan hujah mereka, jadilah Islam dilentur mengikut kehendak mereka. Menjawab soalan yang bukan jawapannya adalah salah dan berlawanan dengan Islam dan akan mengelirukan lagi penanya berkenaan dengan Islam .
Seperkara lagi ialah tentang perkara berdakwah kepada orang kafir. Kita berilah seberapa banyak ataupun seberapa sohih sekalipun dalil2 nakli (ayat Alquran atau Hadith2 sohih),sedangkan kewujudan Allah (sometimes kewujudan TUHAN) pun mereka tidak percaya, masakan mereka akan percaya kepada dalil2 tadi. Apatah lagi jika dalil2 itu datang dari Alquran yg mereka akan anggap tidak lebih dari sebuah buku semata-mata.
Dalam AlQuran banyak ayat menyuruh kita berfikir tapi, dalam masalah aqidah...manakala berkenaan dengan hukum syarak kita kena dengar dan taat, dan kalau ada nas menerangkan ada HIKMAH penerapan hukum maka kita ambil. Dalil Aqli khas untuk aqidah dan dalil hukum syarak kita nukil dari Kitab, jadi dalil naqli. Peranan akal dalam aspek aqidah adalah untuk membuktikan kewujudan Tuhan dan KeEsaanNYa, manakala peranan akal dalam aspek hukum syarak, adalah untuk memahami hukum Allah dari nas.
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment