Kisah Pegang Anjing / Babi VS Pegang Kekasih

07:07 / Comments (1) / by SeLaMbeR

Mari KITA dengar dulu kisah lembu dan anjing dan bersama-samalah K.I.T.A ambil iktibar daripadanya.

KISAH LEMBU & ANJING

Lembu : Hai anjing,apa kabar? Macam ada yang tak kena ja?

Anjing : Aku tengah tension ni.Mau ja aku gigit manusia tadi.

Lembu : eh,kenapa ?



Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki & perempuan yang sedang berkepit.Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing!!!Pergi jauh-jauh!!!Najis!!!”

Lembu : Iya lah.Kau kan haram.Najis tahap berat bagi manusia .Biasalah tu.

Anjing : Kalau aku najis sekali pun,kalau dya tersentuh aku,boleh disamak kan.Yang diasentuh & raba -raba awek dya tu apa? Boleh ka nak samak dosa?

Lembu : Betul tu.Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan sah lebih dasyat kenajisannya daripada pegang kau anjing,malah tak boleh suci sekalipun di samak.

Anjing : Wah…Ayat ko memang power la.

ANJING dan BABI adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kekuatan manusia adalah pada iman dan akal fikiran.Menilai sesuatu perkara baik dan buruk, kemudian baru tindakan di buat.Ini adalah perbezaan di antara pegang ANJING dan BABI berbanding pegang BUKAN MAHRAM

Sekiranya kita saja PEGANG ANJING atau BABI:

1) TAK BERDOSA
2) KENA SAMAK
3) BERDOSA JIKA KITA MAKAN DAGING

Kalau saja pegang BUKAN MAHRAM pula:

1) BERDOSA
2) AURAT TIDAK DIJAGA, TENGOK HARAM
3) BERDUA-DUAAN BERPEGANG TANGAN BOLEH TIMBUL FITNAH DAN HARAM
4) MENGHAMPIRI ZINA YANG BOLEH TERJEBAK DENGAN ZINA YANG KEJI
5) KENA MINTAK AMPUN KEPADA ALLAH DENGAN BERTAUBAT


KETAHUILAH WAHAI WANITA...SEKIRANYA KALIAN SENGAJA MENGIZINKAN ATAU MERELAKAN KEKASIH LELAKI YANG BUKAN MUHRIM MENYENTUH KALIAN...ITU SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN BETAPA MURAHNYA HARGA DIRI KALIAN...DAN TIDAK MUSTAHIL ANDA AKN LAKUKAN LEBIH DARI PADA SENTUHAN KERANA DIRI KETIKA ITU SUDAH HILANG HARGA DIRI...

Islam memandang serius dalam hal pengharaman dalam bersentuhan kerana...bermulanya dari PANDANGAN akan turun ke hati, kemudian akan rasa ingin bersentuhan, ingin belaian kerana terkena panahan Iblis yang mengajak kepada kemungkaran...dan akhirnya berlaku PENZINAAN...

Rasulullah bersabda: 
  • mata boleh berzina dgn melihat, 
  • lidah boleh berzina dengan bercakap, 
  • tangan boleh berzina dengan berpegangan. 
  • Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat.
  • Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim)


 
Share