Salleh Yaacob Bakal Tambah Cawangan (Isteri) ke -4!

10:14 / Comments (0) / by SeLaMbeR


SIAPA tidak kenal Salih Yaacob. Bukan saja popular sebagai penyampai radio, pelawak, pelakon dan penyanyi tetapi juga kerana kisah poligami amannya. Pada usia 50 tahun, suami tiga wanita bertuah dan bapa kepada 11 zuriat ini masih kuat daya tarikannya.
Celoteh spontan serta jenakanya ketika mengendalikan segmen Sinar Pagi di radio Sinar FM mencuit hati pendengar, malah ramai jatuh cinta dengan caranya.



Penangan popularitinya, Astro Warna menerbitkan program bual bicara istimewa berjudul SY I Follow yang akan memulakan penggambaran minggu depan. Itu pencapaian membanggakan dalam kanvas seni anak jati Sungai Besar, Sabak Bernam ini.
Minggu ini SELEBRITI mengupas sisi peribadi penghibur yang kini rancak mengusahakan ternakan ikan kelisa di Bukit Merah, Perak, dan bakal bergelar tauke restoran tidak lama lagi.

Bila anda sedar punya kebolehan buat orang ketawa?
Ketika berusia lapan tahun. Arwah bapa saya ‘loyar buruk’ dan saya mewarisi sikapnya. Di kampung, arwah bapa memang terkenal suka bergurau sampaikan dia meninggal pun orang tak percaya. Dia memang suka bergurau dengan anak dan anggap kami macam kawan.

Dalam keluarga, boleh dikatakan saya dan bapa Johan (Raja Lawak) paling kuat bergurau. Hidup kami penuh gelak tawa, malah saya jadi bahan hiburan kawan. Bila saya buat lawak, mereka mesti gelak. Dengan bergurau saya dapat hilangkan kesedihan dan tekanan rakan.

Keperibadian sebenar anda?
Macam mana anda lihat saya di TV, macam itulah saya di luar. Hidup saya penuh gurau senda dan gelak tawa, baik ketika bersama keluarga, rakan mahupun bekerja. Kalaupun sedih, pernah ketika saya terpaksa berpisah dengan keluarga sewaktu kecil.

Selebihnya, saya tempuh dengan tenang dan gembira. Saya juga jenis yang ringkas tetapi tegas dalam pegangan akidah. Saya boleh putus saudara dan kawan kerana akidah.

Anda antara pengamal poligami yang berjaya. Apa rahsianya?
Ini adalah amanah dan anugerah paling besar yang Allah SWT bagi kepada saya. Saya bersyukur kerana tidak dibebankan dengan pemasalahan seperti mana yang biasa berlaku dalam poligami. Dalam soal rahsia kebahagiaan poligami, ia bukan boleh diajar dan tiada rahsia.

Terpulang kepada cara dan pendirian masing-masing. Saya pun pelik macam mana boleh bahagikan kasih sayang tetapi saya berpegang kepada jalan-Nya, dengan al-Quran, kepada sunnah. Insya-Allah semuanya akan OK.



Daripada aspek ekonomi pula, memang saya tidak mampu menyediakan kemewahan kepada tiga isteri. Namun, kehidupan kami cukup dengan rezeki Allah SWT yang tidak putus-putus. Alhamdulillah, kami bahagia malah semua isteri izinkan saya lengkapkan kuota.

Dengarnya anda memang akan melengkapkan kuota tidak lama lagi? 
Insya-Allah... saya dalam proses membimbing dan setakat ini dia boleh ikut cara saya. Saya sudah pun pertemukan dia dengan semua isteri saya dan hubungan kami direstui. Jika tertulis dia jodoh saya, insya-Allah kami akan berkahwin tahun ini.

Sebelum ini ada juga wanita cuba mendekati saya tetapi mereka ada agenda tersendiri, termasuk mahu kejar glamor dan duniawi. Ada juga yang mengaku sanggup bermadu termasuk anak orang besar, tetapi firasat saya dapat rasakan individu itu bukan orang yang sesuai untuk saya.

Saya berpengalaman jaga keluarga besar, bukan harta benda yang saya pandang tetapi kesanggupan orang itu untuk mengikut cara saya dan hidup dengan harmoni.

Berbeza dengan dia, saya nampak dia benar-benar ikhlas dan bersedia hidup bermadu. Saya kini menunggu kelulusan permohonan poligami di Mahkamah Syariah dan dia sudah ikuti kursus kahwin.

Siapakah gerangan gadis yang berjaya membuka hati anda itu?
Dia orang biasa saja, berusia 24 tahun dan masih mengikuti pengajian ijazah lanjutan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Kami berjumpa secara kebetulan ketika saya menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur.

Isteri dan anak saya boleh menerima dia dan saya pun mencari masa sesuai untuk bertemu keluarganya. Maklumlah dalam waktu terdekat, jadual saya sibuk dengan rakaman program SY I Follow.

Kalau boleh, saya nak buat majlis ringkas dan jika diizinkan Allah, saya mahu raikan semua isteri saya. Semua akan duduk sebaris di tempat pengantin dan dapat hantaran.

Alhamdulillah..syabas Abg Salleh. =)



0 comments:

 
Share