Ada ramai kawan dah register
twitter, tapi ramai tak tahu cara nak guna. Jadi ada baiknya saya buat tutorial lengkap ini, bagi senang faham.
Twitter bermula dengan anda daftar username atau dikenali sebagai twitter handle. Contohnya username anda einztrigger jadi twitter handle adalah @einztrigger. Seeloknya gunakan twitterhandle yang senang orang nak ingat, tidak terlalu panjang dan elakkkan segala jenis simbol pelik. Nama yang terlalu panjang akan mengambil space bila orang mention atau retweet.
Biasanya, pengguna baru Twitter pasti menggunakan web twitter.com manakala pengguna lama pula menggunakan twitter client samada di komputer atau smartphone. Saya akan bagitahu kedua-dua cara menggunakan twitter.com dan twitter client.
Asas Menggunakan Twitter
Ok, bila login twitter.com akan ada ruangan seperti berikut.
What’s happening – tempat untuk update status. Status di dalam bahasa twitter dikenali sebagai “tweet”.
- Timeline – melihat “tweets” daripada rakan-rakan twitter yang anda follow
- @Mentions – membaca setiap reply yang ditujukan kepada anda. Contohnya ada orang tweet “Apa khabar bro @einztrigger” saya boleh baca pada bahagian mentions dan kemudian membalas mention tersebut.
- @Retweets – Retweet /RT atau dalam bahasa melayu Tweet Kembali. Contohnya ada orang tweet “Aku sedang mencari awek, pls RT” kemudian saya tweet kembali supaya ianya dibaca oleh followers saya yang lain. Orang lain pun boleh RT balik apa yang saya RT tadi.
Kalau anda dah faham sampai step ini, cuba test mention nama saya: contohnya “Hi, @einztrigger trimas buat tutorial nie bagi ai faham…ekekeke”
Follow/Unfollow
Bila anda baru start guna twitter, jumlah followers dan orang yang anda follow ialah kosong. Jadi bermula dengan follow rakan-rakan yang anda kenal dahulu atau mana-mana individu yang anda terasa nak baca apa dia tweet. Boleh jadi artis ke, blogger ke, siapa-siapa je la. Contohnya, anda minat Faizal Tahir, anda boleh ikuti perkembangan dia dengan follow @faizal_tahir di twitter. Buka profile dia http://twitter.com/faizal_tahir dan tekan butang follow. Bila dah follow nanti ada apa-apa tweet terbaru dari FT anda boleh baca dengan mudah. Tekan butang Follow untuk jadi followers (pengikut) Faizal Tahir. Tapi secara realiti dia nie jarang sangat tweet, last tweet pun bulan Oktober.
Kalau anda tak suka boleh tekan unfollow sahaja, jadi tak perlu lagi baca tweets daripada orang tu. Twitter juga akan cadangkan beberapa orang lagi yang berkaitan dengan; contohnya seperti Mizz Nina dan Erra Fazzira.
Bila dah lama pakai twitter, secara natural follower akan bertambah. Kalau rajin, masa mula2 guna twitter cuba mass-follow seribu lebih pengguna twitter lain. Ada untungnya mereka akan follow kamu balik dan dapat beratus follower dengan cepat.
Berkongsi link/gambar/video di twitter
Jika anda ada blog, twitter adalah satu medium yang sangat penting untuk promosi blog. Katakan anda baru post satu entri baru, anda boleh tweet “ Jom kawan2 baca post terbaru ai pasal Azwan Ismail di http://goo.gl/A&WYADz” sebagai contoh je la. Dengan itu, followers anda yang ada masa lapang boleh click link tersebut dan baca blog anda. Untuk share gambar di twitter, anda boleh gunakan servis daripada Twitpic, Plixi ataupun YFrog. Hanya perlu sign in guna akaun twitter dan boleh mula upload gambar di twitter. Upload video pula boleh guna Yfrog. Twitter Client
Ada beratus-ratus twitter client untuk komputer dan smartphone. Biasanya ramai lebih suka pakai twitter client berbanding twitter.com sebab mudah, cepat, interface lawa dan sudah ada fungsi upload gambar dll.
Saya menggunakan twitter client MetroTwit di pc/laptop.
Twitter client Chromedeck di Google Chrome.
Di iPhone pula guna Twitter for iPhone dan Twitbird Pro.
Bergantung kepada minat anda mahu guna twitter client yang macam mana. Berikut cuma beberapa cadangan daripada saya sahaja.
Apa yang seronok dengan Twitter?
1. Dapat ramai kawan baru, setengah2 orang sampai buat twitter meetup/twtup. Kawan facebook biasanya kawan yang kita kenal dalam dunia nyata tapi kawan twitter tak pernah jumpa pun boleh jadi kawan
2. Anda minat seseorang artis, anda tegur dia dan dia pula balas balik. Rasa best gak bila artis layan peminat, hehehe. Antara artis sporting macam @HanisZalikha @SitiFathiyah @schaalyahya selalu layan tweet peminat.
3. Berkomunikasi dengan pembaca blog, contohnya kadang2 ada orang tanya soalan komputer di twitter saya, dan biasanya saya akan balas dengan jelas
4. Stress, tension, perlukan nasihat? Anda boleh buat macam tu di twitter. Kalau kat facebook kalau anda kerap update status mesti ada yang menyampah. Kalau kat twitter anda boleh cakap apa saja yang anda nak, ada yang setiap seminit update tweet itu perkara biasalah.
5. Discover benda baru, contohnya berita terkini, livescore perlawanan bolasepak, serta macam-macam lagi perkara yang berlaku dalam dunia ini, sebab mesti ada orang share berita2 dekat twitter.
6. Bermain hashtag, contohnya #FaktaBiol #TajukFilemTwitter #Malaysia #AJL23. Biasanya hashtag yang ramai orang tweet akan menjadi trending di Twitter.com, boleh dikatakan topik yang sedang popular.
7. Kalau anda follow awesome people sure hari-hari anda lebih ceria dengan tweet mereka yang lucu, berilmiah dan membina. Kalau follow kaki maki hamun, carut, pencacai politik kurang seronok sebab cepat rasa menyampah. Pastikan follow orang yang betul.
8. Kalau anda bosan sangat, cuba tegur rakan-rakan twitter anda. Sembang je la topik apa dengan mereka pun.
9. Dapatkan trafik untuk blog, website, facebook anda. Kalau follower dah beribu2 dan anda cukup popular, tweet “Blog updated: bekfast hari ini ialah nasi lemak 50 sen” pun beratus2 orang akan click. Cool kan?
10. Medium penyebaran maklumat masa kini, twitter lagi senang guna berbanding facebook. Sangat flexible sebab boleh tweet pakai komputer, laptop, smartphone, handphone biasa, sms dll.
0 comments:
Post a Comment