Gambar Kekasih Baru Afif AF9?

16:44 / Comments (0) / by SeLaMbeR

Afif sudah ada kekasih baru yang bernama Aishah. Mungkinkah gadis yang dipeluk Afif di atas ialah kekasih barunya? Nampak kemesraan di situ. Ini ada sedikit penerangan daripada Afif mengenai hubungannya dengan Salima.
Memang saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima. Saya mula kenal dengan dia ketika kami buat show sama-sama pada tahun 2009. Sejak dari situlah hubungan kami mula jadi semakin rapat dan kami terus menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Namun, hubungan kami hanya dapat kekal bertahan selama setahun lebih dan kami telah pun putus cinta kira-kira empat bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia Musim 9



Dan mengenai kekasih barunya, Afif mengakui yang dia senang bersama Aishah kerana sikap wanita itu yang membuatkan dirinya berasa senang.
Saya pun tak sangka, begitu cepat pula berjumpa dengan kekasih baru. Mungkin sifat dan sikap yang ada pada kekasih baru saya yang bernama Aishah ini buat saya senang bersama dengannya. Kami juga serasi. Sebab itulah saya rasa kami boleh bersama selamanya. Insya Allah


0 comments:

 
Share