Disebabkan abdi in terlalu pemalas, tuannya mengambil keputusan untuk menghadiahkan saja hamba abdi ini kepada rakannya, seorang saudagar di daerah jiran. Untuk mengurangkan rasa bersalah terhadap rakannya (kerana menghadiahkan hamba abdi yang kurang berkualiti), diberikan sama wang perak sebanyak tujuh puluh dirham.
Untuk menjimatkan kos, diletakkannya uncang wang 70 dirham di dalam segulung surat, dan disuruhnya abdi ini menghantarnya pergi ke rumah sahabatnya itu...tanpa memberitahu abdi ini bahawa saudagar itulah tuannya yang baru. Cuma dipesannya "usah dibuka surat ini, hantar saja kepada si polan saudagar itu, dan patuhilah semua suruhannya!".
Abdi ini pun bertolaklah dengan berjalan kaki. Di pertengahan perjalanan, dia merasa amat ingin tahu lalu membuka gulungan surat tersebut. Didapatinya ada wang perak 70 dirham, dan di tengah-tengah surat itu hanya tertulis sebaris ayat:
Memang di zaman itu ada kalanya tulisan yang digunakan tidak berbaris dan tidak bertitik. Hanya orang yang benar-benar mahir yang dapat membacanya.
Abdi ini pernah diajar sedikit pengetahuan membaca dan menulis, maka dia pun cuba membayangkan titik dan baris pada tulisan tersebut. Akhirnya dia memutuskan bahawa ayat itu berbunyi:
(kepada Engkau kami memperhambakan diri, dan kepada Engkau kami mohon pertolongan)
Abdi ini pun kehairanan..adakah rakan tuannya itu seorang muallaf yang baru nak belajar surah Al-Fatihah? "Ah, tak kisahlah", fikirnya. Oleh kerana tiada apa-apa yang menyebutkan tentang wang, maka timbullah niat jahat di hatinya..lalu diambilnya uncang wang itu, disimpannya di dalam saku. Perjalanan diteruskan hingga tiba di rumah saudagar, sahabat tuannya.
Setelah diserahkan surat itu, dia pun mohon diri untuk pulang.
Tiba-tiba sang saudagar berkata; "Kamu mahu ke mana?! Di sinilah tempatmu sekarang. Dan di manakah wang tujuh puluh dirham itu??"
Terkejut beruklah abdi ini. Di mana saudagar itu dapat tahu? Maka dia pun bertanyalah kerana merasa teramat hairan dan kagum.
Saudagar itu pun menunjukkan surat itu, lalu membacakannya dengan suara yang lantang:
Surat ini berbunyi
(ertinya aku berikan kepada engkau seorang abdi lelaki, dan aku berikan kepada engkau tujuh puluh)
Maka terdiamlah abdi itu..kantoi.
0 comments:
Post a Comment