Penyakit yang berasal dari kucing

21:57 / Comments (0) / by SeLaMbeR

Tahukan Anda Tentang Penyakitt yang Berasal Dari Kucing?

Toxoplasma berasal dari jangkitan parasit Toxoplasma gondii. Penyakit ini boleh di sebarkan kepada manusia melalui 4 cara iaitu:



1. Secara tidak sengaja memakan makanan yang tercemar dengan parasit ini. Misalnya kita makan sayuran yang tidak bersih di cuci.
2. Memakan daging sapi, kambing, babi, ayam, atau anjing yang mengandung parasit toxo yang tidak dimasak dengan sempurna.
3. Jangkitan melalui placenta (ari-ari) bayi dalam kandungan.
Seorang ibu hamil yang terkena jangkitan Toxoplasma boleh menularkan parasit ini pada janin yang dikandungnya, penularan ini disebut penularan secara congenital (bawaan).
4. Melalui transfusi darah, transplantasi organ dari seorang donor yang kebetulan ada jangkitan toxoplasmosis

Toxoplasma boleh merebak kepada lelaki dan perempuan!.

Sesungguhnya bukan hanya kucing yang boleh di jangkit parasit Toxoplasma, kerana semua haiwan berdarah panas (mamalia) boleh terkena jangkitan ini.
Bezanya kucing yang terkena jangkitan Toxoplasma ini dapat di hapuskan di usus halus kucing, dan akan dikeluarkan bersamaan dengan feces/kotorannya.
Mungkin kerana alasan inilah maka kucing menjadi pembawa utama toxoplasma bagi sebagian kita,
Sementara sapi, kambing, ayam, anjing dan haiwan lainnya tidak, walaupun mereka mempunyai Toxoplasma di tubuhnya.

Tips untuk mengelakkan TOXOPLASMA:
1. Sediakan pasir/tempat kotoran untuk kucing dan sebaiknya dibersihkan setiap hari.
2. Cegahlah kucing agar tidak dekat dengan tikus, burung, lalat dan lipas.
3. Jangan memberi makan hewan peliharaan dengan daging, bahagian dalam binatang, tulang dan susu mentah, tapi masaklah terlebih dahulu.
4. Setelah mencuci daging mentah sebaiknya cuci tangan dengan sabun agar tak ada parasit yang tertinggal di tangan.
5. Cucilah tangan dengan sabun setiap kali hendak makan.
6. Hindari memakan daging mentah/setengah matang.
7. Cuci bersih sayur-sayuran dan buah-buahan yang hendak dimakan.
8. Untukwanita hamil, sebaiknya tidak membersihkan tempat kotoran kucing ataupun mencuci daging selama masa kehamilan. Mintalah bantuan orang lain untuk mengerjakannya.
9. Untuk wanita hamil sebaiknya melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui anda terkena jangkitan Toxoplasma atau tidak.
10.Jika anda memelihara kucing, latihlah dari kecil kucing tersebut dengan membiasakannya membuang kotoran tempat sembarangan

0 comments:

 
Share