Ada apa dengan nasi lemak & roti canai?

20:20 / Comments (0) / by SeLaMbeR

Kita sebagai rakyat malaysia memang terkenal dengan nasi lemak dan roti canai, selalunya di makan pada waktu sarapan, tetapi tahukan anda "Ada apa dengan nasi lemak & roti canai tersebut?" Sedikit ulasan dan fakta mengenainya daripada UPM.




ROTI CANAI
Sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari sehingga umur kita 55 tahun kita mungkin tidak boleh hidup lagi. Kengapa? Kerana sebiji roti mempunyai kalori sama dengan 5 KM berjoging. Bayangkan berapa banyak kalori yang kita makan, itu untuk sebiji roti sahaja. Selalunya kita makan 2 biji roti atau lebih sehari.

Selain itu dalam sebiji roti mempunyai banyak minyak. Nak uli tepung pakai minyak, nak masak tambah minyak lagi, kadang-kadang ada minyak extra (peluh mamak).. hehe Jaga-jaga ya. So lagi baik lepas makan pergi joging 5 KM sehari bergantung kepada nilai roti yang anda makan ok.



NASI LEMAK
Nasi lemak mempunyai kolestrol yang sangat tinggi kerana mempunyai kandungan santan yang tinggi. Prof Ungku Aziz di tanya apakah rahsia beliau mempunyai masih kekal sihat fizikal dan mentalnya walaupun sudah berumur 85 tahun, Jawapannya mudah sahaja beliau jarang sekali makan nasi lemak seperti kebanyakan orang di Malaysia. (Jaga kesihatan)

P/s : Nak makan tu boleh tapi berpada-pada, yang penting kesihatan jantung tu.
Teringat aku awek nasi lemak kt PBB dulu..hehe




0 comments:

 
Share