Wahai Suami..Tahukah Kamu??

11:59 / Comments (0) / by SeLaMbeR



Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??
» Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI…….tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya.



Tahukah kau wahai suami 
» KALA kau tiada duit, bukankah magic David Copperfield bila tiba-tiba kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi-curi membuka wallet untuk cek wallet korang”Ada duit ke suamiku?”

TAPI 
Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini . kau ”Ada duit ke?” sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami 
» Tiap-tiap malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang-kadang siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami
» Kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka-suka nak lepak ngan kawan-kawan, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti-reti nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje.

Tahu tak kau wahai suami
» Setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah “Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?”

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi.

Tahu tak kau wahai suami
» Isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja. bukan dengan harapan dapat “apa-apa”, hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur-tidur ayam sahaja.


INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…dia orang musti tahu punya.

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2, PC, XBOX korang dan lain-lain .Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian.

Pengajaran ayat: 
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA.

Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yang soleh hanya untuk lelaki yang soleh. Kalau kita sebagai lelaki tak soleh, jangan harap dapat bini yang soleh. Syukur apa yg telah dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi BAIKKAH kita nak dapat perempuan yg baik???

Sekian. Renung-renungkanlah.

0 comments:

 
Share