Perbezaan Quick Format dan Full Format

20:44 / Comments (0) / by SeLaMbeR


Kita selalu menggunakan Quick Format ketika menformat komputer atau device seperti pendriveexternal hard disk.
Adakah anda sedar, jika kita selalu menggunakan Quick Format boleh mengakibatkan hard disk cepat rosak dan Windows mudah "corrupt"?.




Ok Di sini saya nyatakan perbezaan di antara Full Format dan Quick Format.

FULL FORMAT

Untuk Full Format akan menggambilkan masa yang agak lama ini kerana ia akan check setiap "sector" dalam hard disk untuk mencari "bad sector" di dalam hard disk. Bila ia menjumpai "bad sector" didalam hard disk, ia tidak akan meletakkan data windows yang baru pada "bad sector" terbabit. Dengan cara ini, Windows yang diinstall bertahan lebih lama dari Quick Format.

QUICK FORMAT
Hanya membuang (format) windows dengan sekali imbasan sahaja, ia tidak akan scan "bad sector", dan akan meletakkan data windows yang baru pada tempat yang sama.


Memanglah senang untuk menggunakan Quick Format kerana ianya cepat. Tetapi risiko akan kembali lagi terutama sekarang dengan keluar bermacam jenis software yang memudahkan "Installation Windows" dengan hanya 5 minit complete dengan software-software, ini akan lebih cepat sesuatu windows "corrupt".


Jadi, lebih elok anda guna Full Format, untuk penggunaan hayat yang panjang




0 comments:

 
Share